Selamat Datang ke Biorich.my | Berjaya & Kaya
Penaja..Anda:..biorich

Firming Extra Cream

Firming Extra Cream :..: Biorich

Kod Produk: GST-EFC
Harga Runcit: 70.00
GP: 20








Semua wanita mengimpikan payudara yang tegang, montok, cerah dan gebu. Firming Extra Cream merupakan formulasi ekslusif untuk wanita merealisasikan impian tersebut. Firming Extra Cream dapat membantu menegangkan jaringan otot-otot yang kendur agar menjadi tegang dan padat serta kental.Ianya bertindak dengan menyerap ke bawah lapisan kulit dan mengaktifkan sel-sel jaringan yang lemah untuk menjadikannya lebih kuat agar ia dapat berbentuk bulat, pejal dan kental serta kulit sekitarnya lebih putih dan gebu.


KELEBIHAN FIRMING EXTRA CREAM
- Meremajakan bentuk tubuh.
- Memelihara kulit, Anti-kanser.
- Mengurangkan kedut dan masalah tahi lalat
- Bertindak sebagai anti penuaan (pada bahagian yang dirawat).
- Menjadikan kulit lebih muda dan cantik terutama di kawasan yang berkenaan.
- Membesarkan & menegangkan bahagian berkenaan.


CARA PENGGUNAAN


1) Sapukan Firming Extra Cream pada waktu pagi dan malam.
2) Buat urutan secara bulatan (bahagian kanan sapuan mengikut pusingan jam, manakala bahagian kiri sapuan melawan pusingan jam).
3) Buat urutan perlahan dari bawah bahagian berkenaan mengarah keatas, sehingga paras garisan leher.

Nota : Pengguna disarankan menggunakan produk selama sebulan pada waktu pagi dan malam (sebagai permulaan), dan sekali sehari untuk mengekalkan atau pemeliharaan. Produk ini diformulasikan secara khusus (tidak melekit) agar pengguna tidak perlu menunggu sebelum memakai pakaian.


KANDUNGAN 
Water, Butylene Glycol, Gelinnov, Protachem, Jojoba Oil, Inca Inchi Oil, Kigeline, Phytrogen, Liftiss, Mihapol, Virgin Coconut Oil, Preservative.

Berat : 50g


TESTIMONI PENGGUNA
Kami mengalu-alukan sebarang testimoni daripada pengguna Firming Extra Cream. Testimoni terpilih akan diberikan hadiah produk dari pihak syarikat. Testimoni boleh di hantar melalui alamat surat-menyurat, email serta faks.

Alamat : BIORICH MARKETING, No. 15 Jalan PPSL 1, Pusat Perniagaan Sungai Lias, 45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan.

Faks : 03-3224 2321

Email : bio.rich@yahoo.com

Borang Testimoni Biorich (DOWNLOAD)



INFO HERBA FIRMING EXTRA CREAM


MINYAK KELAPA DARA

Minyak Kelapa Dara amat baik digunakan sebagai pelembab kulit. Ia bertindak sebagai pelembab yang berkesan pada semua jenis kulit termasuk kulit kering. Minyak kelapa dara membantu mengelakkan kulit menjadi kering dan mengelupas. Ia juga melambatkan proses penuaan kulit. Ia mampu merawat pelbagai jenis penyakit kulit seperti psoriasis, dermatitis, eksim serta jangkitan kulit yang lain.

Fungsi Minyak Kelapa Dara

1) Sebagai pelembap semulajadi.
2) Anti penuaan.
3) Merawat masalah kulit berjerawat.
4) Sebagai pembersih muka semulajadi.
5) Melembutkan kulit.
6) Mencantikkan kulit.


MINYAK JOJOBA


Minyak Jojoba mempunyai pelbagai bahan organik dan mineral, sumber semulajadi untuk menjadikan kulit lebih cantik dan muda. Ia membantu mengurangkan garis-garis halus, parut dan tisu lemak. Ia juga berkesan untuk merawat kulit yang bermasalah seperti jerawat, jeragat, psoriasis dan sebagainya.

Minyak Jojoba juga mengurangkan keradangan kulit serta meningkatkan pertumbuhan semulajadi kolagen. Ia juga bertindak sebagai perlindungan dari sinaran UV matahari serta melambatkan proses penuaan.

Fungsi Minyak Jojoba

1) Sebagai pelembap semulajadi.
2) Anti penuaan.
3) Merawat masalah kulit berjerawat.
4) Sebagai pembersih muka semulajadi.
5) Melembutkan kulit.
6) Mencantikkan kulit.
7) Anti keradangan.


MINYAK INCA INCHI


Inca Inchi merupakan tumbuhan Amazonia Peru, dikenali oleh orang tempatan peru beribu-ribu tahun yang lalu. Minyak Inca Inchi diperolehi dari biji benih serta melalui proses tekanan sejuk (cold pressure) diikuti dengan proses mekanikal seperti, decantation, penapisan dan penyahbauan. Daripada semua sumber semulajadi yang dikenali, Minyak Inca Inchi adalah minyak yang paling kaya dengan Omega 3, berbanding dengan minyak lain yang digunakan di seluruh dunia. Ia kaya dengan asid lemak tak tepu merangkumi hampir 94% daripada komposisinya. Minyak Inca Inchi digunakan dalam sumber pemakanan kerana mempunyai nisbah yang terbaik iaitu Omega 3 (alfa-linolenik) dan Omega 6 (linoleik).

Komposisi Minyak Inca Inchi


Kaya dengan asid lemak tak tepu dan Omega 3.

Omega 3 (alpha-linolenic acid) : 45-60%
Omega 6 (alpha-linoleic acid) : 25-37%
Omega 9 (Oleic acid) : 8-12%
Palmitic Acid : 3-5%
Stearic Acid : 1.5-3.5%

Fungsi Minyak Inca Inchi

1) Membolehkan pertumbuhan semula kulit (epidermis).
2) Memelihara keseimbangan kulit.
3) Memperbaiki tekstur kulit.
4) Melembutkan kulit.



Gambarajah diatas menunjukkan minyak inca inchi mampu mempercepatkan proses pertumbuhan semula kulit baru.


Gambarajah diatas menunjukkan minyak inca inchi mampu memperbaiki tekstur dan kelembutan kulit.


KIGELINE

Payudara wanita bercantum dengan toraks (kerangka badan) oleh ligamen Cooper (tiada otot tensing). Ia hanya disokong oleh struktur kulit (form the cutaneous envelop). Payudara akan hilang ketegangan & ketegasan akibat daripada proses seperti bersalin, diet, menopaus dan sebagainya. Ini menyebabkan payudara kurang menarik dari segi penampilan.

Fungsi Kigeline

1) Merawat tona warna kulit.
2) Menegangkan bahagian dada.
3) Meningkatkan ketegasan & keanjalan kulit.

Asal Kigeline


Kigelia Africana adalah pokok yang dijumpai di barat Afrika (Nama Botani : Bignoniaceae). Pokok ini mengeluarkan buah-buahan yang besar seberat lebih dari 5 kg. Pulpa buah ini digunakan secara tradisional oleh wanita untuk memelihara serta mencantikkan payudara mereka.


Gambarajah diatas menunjukkan ujian klinikal kigeline, 20 sukarelawan diuji untuk melihat keberkesanan kigeline. Hasilnya, lebih 50% sukarelawan merasai peningkatan ketegangan & ketegasan pada kulit dan dada dan 70% merasai peningkatan keanjalan kulit.


LIFTISS

Kulit manusia mengalami proses penuaan. Proses penuaan berlaku secara semulajadi disebabkan genetik penuaan yang ada pada setiap manusia. Proses penuaan boleh dilihat apabila keanjalan kulit berkurang iaitu kulit berkedut, kering dan kasar.

Liftiss adalah ekstrak (diambil dari biji buah pokok Baobab di benua Afrika) yang berfungsi untuk; melicinkan, menyegarkan serta melembapkan lapisan kulit (epirdemis). Liftiss berupaya menyusun semula struktur kulit agar dapat mengurangkan kesan proses penuaan seperti kulit berkedut.

Fungsi Liftiss

1) Melicin & meratakan kedutan.
2) Melembapkan kulit.
3) Menyegarkan kulit.

Asal Liftiss


Liftiss diambil dari biji buah pokok Baobab (Adansonia Digitata). Pokok ini berketinggian 20 hingga 25 meter dan dijumpai di benua Afrika. Orang Afrika menganggap pokok ini suci. Jangka hayat pokok adalah luar biasa, berusia antara 2000 dan 3000 tahun. Isi buahnya digunakan dalam perubatan tradisional Afrika, berfungsi sebagai anti-piretik.


Gambarajah diatas menunjukkan ujian klinikal kesan Liftiss terhadap kulit manusia. Gambar T 0 merupakan kulit berkedut sebelum dan gambar T 5 adalah kesan selepas 5 minit penggunaan Liftiss. Terdapat perubahan ketara pada kulit; kulit lebih lembut, rata, kurang berkedut serta lembap. 


MULTI EX HYDRO PHYTOGEN

Merupakan sebuah kompleks fitoestrogen untuk mengekalkan keseimbangan hormon wanita. Satu ekstrak tumbuhan semulajadi yang terdiri daripada beberapa ekstrak tumbuhan iaitu Racemosa cimicifga, Polygonum Cuspidatum, Kacang Soya, Angelica Polymorpha Sinensis, Red Clover, Delima, Kudzu dan Pueraria Mirifica.

Fungsi Multi Ex Hydro Phytogen

1) Meningkatkan tekstur payudara supaya lembut dan cantik.
2) Menegangkan dan membesarkan bentuk & saiz payudara wanita dengan merangsang pertumbuhan sel di dalam kelenjar susu.


Multi Ex Hydro Phytogen berfungsi untuk menyeimbangkan hormon estrogen pada wanita.

Figure 1, apabila umur bawah 35 tahun, paras estrogen berada pada tahap tinggi, phytogen bertindak sebagai antagonis (lawan) untuk menyeimbangkan estrogen pada bahagian receptor (umur).

Apabila umur 35 tahun ke atas, paras estrogen menurun dengan mendadak disebabkan faktor usia, phytogen bertindak sebagai agonis (tolong) untuk menyeimbangkan estrogen yang menyusut.


Keputusan ujian penggunaan Multi Ex Hydro Phytogen