-
Produk hebat Biorich
Nikmati khazanah alam.
-
Pelan Pemasaran Biorich
Anda bakal jutawan Biorich.
-
Daftar Sekarang
Jangan Lepaskan Peluang
Program CSR Biorich (Tahfiz Al-Quran)
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
6- Tahfiz Khalifah / BIMB / 1202 901 0065 628 / Utz Hairul : 019-2296464 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Semoga Allah s.w.t menerima derma ikhlas anda....amin | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Contoh Gambar Tahfiz Al-Quran
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
MUKADDIMAH
Menyedari hakikat betapa perlunya masyarakat hari ini kembali didedahkan dengan suasana dan tuntutan syar’ie, yang mampu menenang dan menyejukkan hati dengan hanya memerhatikan suasana dan mendengarkan bacaannya, apatah lagi jika membaca dan mengamalkannya. Maka Pusat Tahfiz dan pengajian agama yang menggabungkan dua system cara lama dan baru ini perlu diwujudkan demi melaksanakan perintah Allah sembari meneruskan perjuangan junjungan besar nabi kita Muhammad s.a.w serta para sahabat Baginda s.a.w juga para Tabiin dan para Ulama’ besar selepasnya.
Maenad Tahfiz ini juga dilihat sangat perlu kerana ianya dapat menambahkan bilangan penghafaz Al-Quran dengan lebih ramai dan mempunyai kemahiran hafazan yang tinggi serta mampu memenuhi keperluan semasa di dalam dan luar negara Islam pada masa akan datang.
Selaras dengan seruan kerajaan serta kibaran panji-panji Islam Hadhari ketika ini yang menyeru dan mengajak para muslimin dan muslimat mengkaji , menghayati , dan mengamalkan segala bentuk ajaran dan pertunjuk Ilahi yang terdapat di dalam Al-Quran itu sendiri maka Maahad Tahfiz ini secara tidak langsung menyediakan prasarana pendidikan islam pada keseluruhannya yang akan dapat melahirkan individu Qura’ni yang mampu menguasai berbagai cabang ilmu Laduni dan moden. Dalam pada masa yang sama negara akan memiliki rakyat yang cemerlang pemikirannya , gemilang dalam sejarahnya dan terbilang dari segi kualitinya. Ini adalah kerana Al-Quran itu sendiri mengandungi khazanah ilmu yang tidak ternilai di dalamnya.
Penubuhan Maahad Tahfiz ini bukanlah bertujuan untuk menyaingi mana-mana pihak atau mana-mana pertubuhan yang lain tetapi lebih kepada Amar Makruf Nahi Mungkar atau mengajak kepada kebaikan menegah daripada melakukan kemungkaran yang mana penubuhannya adalah atas dasar Iman dan Taqwa. Dengan itu ianya menetapkan bahawa Maahad Tahfiz ini bukanlah milik individu tertentu atau pertubuhan tertentu tetapi lebih kepada kepentingan masyarakat muslim setempat sebagai perlaksanaan fardhu kifayah.
Disamping itu penubuhan Maahad Tahfiz ini dapat mengimarahkan masjid dan surau–surau di sekitarnya dengan pengisian program pembacaan dan hafazan Al-Quran berhalaqah setiap hari terutama dalam bulan–bulan Ramadhan. Dengan ini orang tempatan akan dapat mengambil faedah kerohanian apabila mereka bersama-samamengambil bahagian bersama pelajar tersebut.
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
OBJEKTIF PENUBUHAN
Maahad tahfiz ini di wujudkan untuk menembahkan bilangan golongan para hafiz di negeri ini khasnya dan seluruh negara amnya. Madrasah ini sudah tentu akan dapat membantu kepada perkembangan penghafalan Al-Quran serta pengajian ilmiah untuk kebaikan seluruh umat Islam di negara ini. Madrasah ini juga akan dapat mencapai matlamat berikut : 1. Melahirkan para pelajar yang boleh membaca dan menghafal Al-Quran dengan cara yang terbaik.
2. Melahirkan para Hufaz dan Ulama’ yang bertaqwa, berketerampilan dan di iktiraf selaras dengan keperluan ummah dan Negara.
3. Untuk melahirkan generasi muda yang dapat menghayati agama dalam kehidupan mereka serta menimbulkan kesedaran tentang agama Islam ini.
4. Untuk mengimarahkan masjid dengan program Al-Quran dan pengajian ilmu.
Mewujudkan pemeliharaan Al-Quran sebagai asset umat untuk generasi akan datang dan menjadikan isi kandungan Al-Quran pada jasad individu muslim sebagai Al-Quran bergerak untuk jadi panduan secara praktikal untuk seluruh alam, adalah tanggungjawab setiap orang islam.
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
DASAR PENDIDIKAN1. Melahirkan para huffaz yang dapat mengingati lafaz-lafaz Al-Quran dengan sebutan yang fasih dan tartil tanpa terlupa dan tersilap. Ia juga faham isi kandungannya beramal dan berpegang teguh dengan Ahkamnya. 2. Melahirkan para Fuquha’ yang mempunyai kemahiran dalam menggunakan dalil-dalil usul syarie untuk memastikan dan memutuskan satu-satu hukum syarak serta untuk menyelesaikan masalah manusia. Mereka juga mempunyai kemahiran yang tidak terbatas didalam segala bidang ilmu Islam terutamanya dalam hukum Syarak. 3. Melahirkan para huffaz dan Ulama’ yang bertaqwa dengan penghayatan As Sunnah di dalam kehidupannya sebagai daie ke seluruh alam
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
GURU-GURU TAHFIZ / MUALLIMGuru-guru tahfiz dan muallim yang berpengalaman luas dan mempunyai pengalaman dalam pendidikan dan mengurus secara telus dan bijak. Mereka bertugas sepenuh masa di Maahad Tahfiz ini. Mereka akan dibayar imbuhan bulanan diantara RM700.00 hingga RM1200.00 sebulan.
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
SUKATAN MATA PELAJARANPengajian HafizPengajian tahfiz ini dijangkakan akan mengambil masa 3 hingga 4 tahun mengikut kemampuan masing-masing. Setelah tamat pengajian satu peperiksaan akhir akan diadakan dan syahadah pengajian akan diberikan kepada pelajar yang berjaya. Peringkat pengajian Tahfiz ini adalah seperti berikut :
1. Peringkat Nazirah :Pada peringkat ini pelajar ini akan didedahkan kepada kaedah membaca Al Quran, Tajwid dan kelancaran membaca Al-Quran.
2. Peringkat penghafalan : Pelajar akan memulakan penghafalan Al-Quran bermula dari juzu’ 30 sehingga 27. dan kemudian dari awal juzu’ pertama hingga tamat.
3. Peringkat kepakaran : pelajar yang tamat 30 juzuk akan membuat pengulangan dan kepakaran yang akan mengambil masa selama 9 bulan. Tertib pengajian ini adalah intensif. Pelajar membaca dengan penuh tertib, bertajwid dan sehingga boleh membaca Al-quran tanpa membuat satu kesilapan.
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pengajian AlimPengajian alim akan mengambil masa selama lapan tahun bermula dari tahun satu hingga tahun lapan. Pelajar-pelajar akan ditumpukan dengan matapelajaran kitab tua mengikut peringkat. Antara kitab-kitab yang dipelajari ialah seperti ilmu nahu, ilmu Sorof, fekah, tafsir, balaghah, ilmu hadith dan sebagainya. Pada tahun akhir pelajar akan mengikuti pengajian hadith Bukhari dan Muslim secara khusus
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Mata Pelajaran Akademik
Mata pelajaran akademik akan diadakan di dalam program pendidikannya termasuk persediaan asas kearah pendidikan formal dengan mengadakan kerjasama bersama Pejabat Pendidikan Negeri dan Daerah berkenaan perkara berkaitan seperti sukatan pelajaran dan tenaga pengajar. Ini sangat penting kerana masa depan pelajar sangat bergantung kepada penilaian akademik untuk melayakkan diri sebaris dengan pelajar-pelajar formal.
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PENUTUP
Walau apa pun cadangan untuk mewujudkan institusi pengajian agama seperti ini wajar disokong sepenuhnya oleh mana-mana pihak memandangkan ianya mampu melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti serta mempunyai asas-asas ilmu, iman dan ketaqwaan yang kukuh kepada Allah disertai dengan kelebihan memiliki hafazan seluruh isi kandungan ayat al-quran yang tersemat rapi di dada.
Semoga usaha para pendokong perjuangan kearah meninggikan syiar ini mendapat ganjaran, rahmat dan barakah dari Allah serta mendapat keampunan daripadaNya . Dengan menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W ini maka kita akan semakin hampir dengan syafaat Rasulullah S.A.W pada hari tiada syafaat pembelaan melainkan daripadanya. Wallahu a’lam bissowab.
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
HARAPAN KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT Allah S.W.T berfirman مَثَلُ الّذِينَ يُنفِقُون أَمْوَالَهُم فِى سَبِيلِ اللهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ وَاللهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَأُ وَاللهُ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ . Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya dijalan Allah adalah seperti sebutir benih yang mengeluarkan tujuh tangkai, disetiap tangkai ada seratus biji dan Allah melipat menggandakan bagi sesiapa yang dia kehendakki dan Allah itu Maha Luas (kurnianya)lagi Maha Mengetahui. Al-Baqarah:261 Sabda Nabi S.A.W عن علىّ رضى الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسّلم. بَادِرُوا بِالصَّدََقَةِ فَانَّ البَلأَ لاَ يَتَخَطَّاهَا Daripada Saidina Ali R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda bersegeralah kamu dengan bersedekah kerana sesungguhnya bala itu tidak boleh melangkahi sedekah. ( H.R Ruzain . Misykat ) Semoga Allah membalas segala jasa baik anda dengan Syurga Firdaus. Kelengkapan adalah perlu disediakan dengan seberapa segera seperti almari, katil, tilam, meja dan sebagainya. Disamping itu makan minum pelajar yang sedia ada harus diambil berat. Atas rasa tanggung jawab untuk membantu memajukan agama, maka pihak Maahad Tahfiz telah membuka peluang kepada muslimin dan muslimat untuk memberikan kerjasama serta.
إنَّ اللهَ فِى عَونِ العَبدِ مَا كَانَ العَبدُ فِى عَونِ أَخِيهِ “Sesungguhnya Allah sentiasa membantu hambanya selama mana hamba itu membantu saudaranya” |