Ikuti Kami Di    Selamat Datang!  Login / Daftar   Refferal Anda : biorich

HIV / AIDS


DEFINISI HIV / AIDS

Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau lebih dikenali sebagai AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome) manakala Sindrom Kelemahan/ Kekurangan Imun Perolehan atau "SKIP" ialah satu penyakit serius disebabkan oleh virus HIV (Human Immunodeficiency Virus). AIDS disebabkan oleh virus HIV yang menyerang dan memusnahkan daya ketahanan badan. Seseorang individu mendapat AIDS apabila virus HIV merosakkan sistem pertahanan tubuh badan. Sistem pertahanan badan yang tidak berfungsi menjadikan individu mudah dijangkiti bakteria dan virus-virus lain yang boleh menyebabkan sakit teruk.

 

 

 

INFO HIV / AIDS

AIDS bukanlah satu penyakit yang tersendiri. AIDS merujuk kepada kumpulan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh orang-orang yang positif HIV. Dengan lumpuhnya keupayaan tubuh, mereka yang dijangkiti HIV lebih mudah terdedah kepada pelbagai jenis kuman termasuklah yang tidak membahayakan manusia normal. Di antara penyakit-penyakit ini termasuklah jangkitan-jangkitan oportunistik seperti radang paru-paru, batuk kering, thrush (selaput putih pada lidah dan dalam mulut), serta beberapa jenis barah dan penyakit kulit seperrti kayap.

AIDS merupakan peringkat lanjutan bagi jangkitan HIV. Perkembangan penyakit ini melalui beberapa fasa :-

  • - Fasa 1 : Bermula dengan HIV menjangkiti seseorang individu.

  • - Fasa 2 : Di mana virus tersebut membiak tetapi pesakit masih tidak mempamerkan sebarang tanda-tanda atau gejala-gejala yang tertentu.

  • - Fasa 3 : Membiak dan berkembang membawa kepada kewujudan beberapa tanda dan gejala yang memburukkan lagi mekanisma pertahanan tubuh.

  • - Fasa 4 : Pesakit mula mengalami penyakit-penyakit yang jarang berlaku yang digelar "infeksioportunistik" seperti Pneumocystis Carinii Pneumonia dan kanser termasuk Sarkoma Kaposi.

  • - Fasa 5 : Pesakit tersebut disahkan sebagai pesakit AIDS. Di dalam fasa ini, mekanisma pertahanan mengalami kemusnahan yang teruk dan sudah tidak mampu lagi untuk melawan serangan bakteria, virus dan kuman-kuman lain.


TANDA-TANDA DIJANGKITI HIV / AIDS

Permulaan jangkitan HIV biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda. Sebilangan pesakit mengalami gejala-gejala berikut dalam masa 2-6 minggu selepas dijangkiti HIV seperti demam, selsema, sakit tekak, batuk, sakit otot, sakit kepala, cirit-birit, bengkak kelenjar limfa, letih, ruam, sakit sendi atau turun berat badan tetapi ini berlainan dari seseorang ke seseorang yang lain. Tanda-tanda awal ini boleh sembuh dalam beberapa hari. Penyakit-penyakit ringan seperti ini juga mungkin bukan disebabkan HIV tetapi akibat jangkitan virus yang lain. Oleh kerana tanda-tanda ini boleh sembuh seperti biasa, ia sering disangka sakit biasa.

Ada juga kesan yang dipanggil asymptomatic, iaitu tidak menunjukkan apa-apa tanda sama sekali, yang mungkin mengambil masa beberapa tahun tanpa diketahui sehinggalah sistem daya tahan badannya menjadi lemah dan orang tersebut jatuh sakit disebabkan jangkitan penyakit yang berulang-kali. Keadaan ini amat merbahaya kerana dalam jangka waktu tersebut seseorang yang positif HIV mungkin akan memindahkan virus yang terselindung ini kepada orang lain tanpa disedarinya. Jadi satu-satunya cara untuk mendapatkan kepastian adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV terutamanya jika anda rasa telah melakukan aktiviti yang berisiko.

Jangan terlalu yakin jika anda berasa sihat. Jangkitan HIV tidak menunjukkan tanda sehingga sistem daya tahan badan anda mulai menjadi lemah. Anda bernasib baik jika ia tiada dalam tubuh anda. Tapi mungkin juga virus itu sedang membiak dan memusnahkan sistem daya tahan badan anda sedikit demi sedikit. Anda mungkin tidak merasakannya, sehingga hampir keseluruhan sistem daya tahan badan anda dimusnahkan. Dan dalam pada anda tidak menyedari kehadiran HIV itu anda mungkin telah menjangkiti orang lain. Pengesahan segera memungkinkan rawatan segera jika anda disahkan positif HIV. Sebaliknya, alangkah leganya jika anda disahkan tidak menghidapinya.

 

APAKAH PERINGKAT HIV / AIDS

HIV / AIDS mempunyai 3 peringkat iaitu :-

1) Acute Infection : Selepas 2-4 minggu dijangkiti HIV, pesakit akan mengalami simptom seperti selsema, demam, sakit-sakit sendi serta pening.

2) Clinical Latency : Pada tahap ini, virus dalam sistem badan pesakit akan merebak namun tiada simptom. Pesakit HIV yang mendapatkan rawatan pakar dapat masih dapat menjalani kehidupan hampir normal dengan jangkaan dapat bertahan hidup selama 10 tahun.

3) AIDS : AIDS merupakan tahap akhir bagi pesakit HIV kerana pada tahap ini, sistem imunisasi badan serta sistem dalaman pesakit sudah tidak dapat berfungsi dengan baik. Pada tahap ini juga, fizikal pesakit akan mula dipenuhi dengan luka-luka HIV serta tubuh badan menjadi cengkong. Tanpa rawatan, dijangka pesakit AIDS hanya dapat bertahan hidup selama 2 tahun.

 

CARA HIV / AIDS MEREBAK

Seseorang akan dijangkitit virus HIV jika terdedah atau tersentuh cecair badan pembawa HIV iaitu :-

  • - Darah

  • - Cecair Faraj

  • - Air Mani

  • - Susu Ibu

 

Virus HIV akan menjangkiti seseorang melalui kegiatan berikut :-

  • - Perhubungan seks dengan individu yang telah dijangkiti.

  • - Perkongsian jarum atau alat suntikan lain dengan individu yang telah dijangkiti.

  • - Terdedah atau penerimaan darah yang tercemar.

  • - Ibu hamil yang HIV positif akan merebakkan virus HI kepada kandungannya semasa hamil, semasa kelahiran ataupun semasa penyusuan susu ibu.

 

HIV / AIDS TIDAK AKAN MEREBAK MELALUI

  • - Air / Udara

  • - Serangga termasuk nyamuk

  • - Air Liur / Air Mata / Peluh

  • - Bersalaman / Berpelukan / Berkongsi peralatan dapur

  • - Tempat duduk tandas

 

CARA MERAWAT HIV / AIDS

Masih tiada lagi ubat atau rawatan untuk menyembuhkan HIV / AIDS. Walaubagaimanapun terdapat ubat dan rawatan untuk melambatkan proses penyakit ini. Rawatan untuk HIV melibatkan pemusnahan kuman virus tersebut dan merawat simptom yang dialami oleh pesakit seperti ubat anti retrovirus yang menyerang dan memusnahkan retrovirus, termasuklah HIV. Beberapa tahun kebelakangan ini, para penyelidik telah mencapai kemajuan besar dalam penghasilan pelbagai rawatan pilihan AIDS / HIV. Sejak akhir tahun 1980-an, para profesional perubatan di Amerika Syarikat telah menggabungkan ubat antiretroviral ke dalam rawatan yang dipreskripsikan kepada pesakit yang dijangkiti. Kombinasi tiga atau lebih ubat antiretroviral yang biasanya dipanggil "dadah koktel" didapati berkesan dalam menurunkan paras jangkitan HIV dalam tubuh individu yang dijangkiti dengan cara memperlahankan perebakkan HIV.

Lain-lain termasuklah perencat protease, Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitors (NRTI) dan Non-nucleoside Transcriptase Inhibitors (NNRTI) serta gabungan ubat-ubatan di atas. Di samping terapi ubat-ubatan dan kaunseling, pemakanan yang sihat boleh menyumbang ke arah kehidupan yang lebih panjang dan sihat untuk pesakit AIDS. Makanan berkhasiat membantu pesakit AIDS mengekalkan kesihatan mereka dengan memberikan perlindungan daripada komplikasi jangkitan berkaita HIV. Pengambilan makanan berkalori tinggi bersama protein dan karbohidrat yang cukup, boleh mempertahankan diri dari kekurangan zat makanan, serapan nutrien, penurunan sistem imun dan susut badan.

Pemakanan yang baik akan membantu mengurangkan kesan buruk dadah dan juga meningkatkan kebolehan tubuh untuk menyerap ubat-ubatan tertentu. Terdapat bukti yang kukuh mengenai senaman yang dapat memperbaiki mood dan kualiti hidup individu positif HIV - menjadikan mereka lebih kuat, meningkatkan daya ketahanan dan melindungi mereka daripada infeksi. Pencegahan AIDS memerlukan disiplin dan kekuatan diri. Keperluan ini kadang-kadang sukar untuk dipenuhi tetapi ia berkesan dan mampu menyelamatkan nyawa.

 

 

 


MINYAK KELAPA DARA "HARAPAN BARU BAGI PESAKIT AIDS"

Kajian Bagi Tujuan Penyembuhan

  • - Dalam tahun 1980an keupayaan MCFA seperti asid kaprik dan asid laurik untuk melawan HIV mula ditemui.

  • - Ubat-ubatan anti virus ketika itu telah dibuktikan gagal untuk menyelamatkan nyawa serta mengekalkan kesihatan mangsa-mangsa AIDS.

  • - Di samping fakta virus menghasilkan kekebalan terhadap ubat-ubatan ini, ianya juga mempunyai kesan-kesan sampingan.

  • - MCFA dikatakan menjadi lebih berkesan menyembuhkan kerana ia menyerang virus-virus ini berlainan dari ubat-ubatan.

  • - Sebaliknya tumpuan material genetik virus-virus, MCFA dengan mudahnya memecahkan virus-virus ini menjadi berkecai. Penyerapan MCFA oleh virus melemahkan kulit lemak virus dan seterusnya membunuhya.

  • - Mekanisma perlakuan ini menjadikan hampir mustahil untuk virus-virus ini membina lapisan pertahanan terhadap MCFA.

  • - Dr. Conrado Dayrit, doktor perubatan di Filipina telah menjalankan kajian pertamanya ke atas Minyak Kelapa Dara.

  • - Kajiannya diuji tentang kesan monolaurin dan minyak kelapa dara ke atas 14 orang penghidap HIV yang berusia di antara 22-38.

  • - 4 gram monolaurin sehari kepada 4 orang pesakit manakala 5 dari mereka diberi 7.2 gram monolaurin.

  • - Kumpulan yang terakhir diberikan 3 1/2 sudu makan minyak kelapa dara sehari.

  • - Di akhir kajian (6 bulan), bilangan virus dalam sembilan pesakit berkurangan.

  • - 2 orang dari kumpulan pertama, 4 orang dari kumpulan kedua dan 5 orang dari kumpulan ketiga.

  • - 11 orang dari mereka menunjukkan peningkatan kesihatan.

  • - Kajian ini menunjukkan bahawa monolaurin dan minyak kelapa dara boleh digunakan untuk membantu pesakit AIDS.

 


KETONE ASID : Kaya dengan ketone asid di mana dianggarkan lebih dari 60% terdapat dalam minyak kelapa dara, yang akan ditukar sebagai tenaga di dalam badan (ketone energy). Ianya lebih halus dan mudah diserap dan digunakan sebagai tenaga berbanding glukosa yang memerlukan gabungan insulin untuk dicerna ke dalam sel sebagai tenaga (sel tubuh, neuron sel otak, nefron sel buah pinggang, sel beta & alfa kelenjar pankreas dan lain-lain).

ANTIOKSIDAN : Minyak kelapa dara mengandungi antioksidan yang sangat hebat iaitu tocopherol dan tocotrienols. Kajian mendapati tocotrienol 50 kali ganda lebih berkesan berbanding tocopherol. Ia berfungsi menstabilkan radikal bebas yang terdapat dalam tubuh manusia. Radikal bebas ini, jika tidak distabilkan akan menyebabkan molekul oksigen yang kehilangan 1 cas negatif elektron akan membunuh sel-sel dalam badan dan seterusnya akan menjadi punca berbagai-bagai penyakit kronik.

MONOLAURIN & MONOCAPRIN : Di dalam Minyak Kelapa Dara mengandungi capric & lauric asid secara purata 55% yang apabila diminum akan berubah di dalam badan menjadi monolaurin & monocaprin yang menyamai susu ibu di mana, ia boleh menguatkan pertahanan tubuh badan serta membunuh kuman, kulat, cacing dan virus.


Harga Runcit : RM 70.00

Info Produk

  Beli Produk

 

Harga Runcit : RM 70.00

Info Produk

  Beli Produk

Info Terkini Biorich



Pelanggan VVIP Terkini

  •  - makesah (, )
  •  - zarifahrich01 (, )
  •  - hazwani456 (, )
  •  - nahar (, )
  •  - rawatansyifak1 (, )
  •  - goazman01 (, )
  •  - rosnanibilin (, )
  •  - sanahsapinah (, )
  •  - nurzahirahzain (, )
  •  - latifahsyg (, )
  •  - mahani1611 (, )
  •  - hjibrahim50 (, )
  •  - badariah1611 (, )
  •  - noriah1611 (, )
  •  - malekb1 (, )
  •  - mariam1611 (, )
  •  - jutawanarif (, )
  •  - nazirab1 (, )
  •  - ainun11 (, )
  •  - rosazlina01 (, )


Home

About Us

Penyakit & VCO


ABJ 2017

Jadual Aktiviti

Pembayaran

Status Order Anda

Penghantaran

Syarat & Terma

Biorich Apps

Panduan Pelanggan


Download

Usahawan OtaiPOS

Artikel

CSR Biorich

I-Usahawanita

MOTIACTION 1

Belajar Bisnes Online

Shoponline D3


LANGGAN BERITA

NAMA ANDA :

BANDAR :

ALAMAT E-MAIL :


SENARAI PRODUK BIORICH


  • Kopi Nanduk Pouch (1 PEK)

  • Kopi Nanduk Board

  • Virgin Coconut Oil Super 180 (SAUDA)

  • Virgin Coconut Oil Super 300 (SAUDA)

  • Virgin Coconut Oil + Extra Virgin Olive Oil

  • Virgin Coconut Oil Double Premium

  • Virgin Coconut Oil S Capsule

  • Genius UP Max IQ Booster (Tablet)

  • Gula O (Pemanis Gula Rendah Kalori)

  • Lotus Body Care Lotion

  • Gula O Mini Travel Pek (1 Pek x 10 botol)

  • Bio-Deodorant (Essenza & Vexana)

  • Diamond White Tomato

  • Delima Collagen

  • Colostrum Plus

  • Teh Tarik Kunyit Hitam (1 Pek)

  • Bioshape Drink (Versi 60 Sachet)

  • King Propolis

  • Jus Cerah

  • Minuman Gula O Berperisa Strawberry

  • Minuman Gula O Berperisa Lemon Tea

  • Minuman Gula O Berperisa Orange

  • Minuman Gula O Berperisa Blackcurrant

  • Gula O Travel Pek 70G (1 Pek x 6 botol)

  • Good Joint

  • WOW Serum Hydration

  • WOW Serum Whitening

  • Minyak Argan

  • Bionic Aura Energy Spray

  • Susu Colostrum Triple A

  • Susu Colostrum Triple A (No Seafood)

  • Good Joint (No Seafood)

  • Bio Fresh Spray

  • Jus Barli

  • Gula O Mini DX (1 botol)

  • Kopi She WOW

  • Genius UP Max IQ Booster

  • Balm Harimau Berantai

  • Wangian Deep Feeling (Lelaki)

  • Wangian Sweet Love (Wanita)

  • Gula O 400

  • Teh Tarik Nanduk Moringga

  • Gula O Edisi Indonesia

  • Minyak Kelapa Murni

  • Susu Bubuk Skim Sebagian Dengan Colostrum

  • Gula O Blocker

  • Set Pakej Pin ID0A

  • Jus Black Garlic

  • Jus Nattokinase Red Beet Grape Seed

  • Flyers + Sampel Gula O (100pcs)

  • Cerah Minuman Serbuk Rasa Blueberry

BIORICH

Di BioRich, Kekayaan untuk adalah untuk semua di mana kami ingin memberi ruang kejayaan kepada semua pelanggan & usahawan untuk berjaya dan meningkatkan taraf hidup dengan menawarkan peluang perniagaan yang inovatif & kreatif serta kualiti produk yang tinggi.

Biorich yakin dengan penawaran Hadiah Wang Tunai yang lumayan, seimbang dan tidak membebankan serta realistik ianya benar-benar dapat merealisasikan impian usahawan-usahawan yang komited menjadi berjaya, kaya dan barakah. InsyAllah.

 

KHIDMAT PENGHANTARAN


HUBUNGI KAMI

  • HOTLINE :
    019-6175100 / 019-3880098
    013-2396395 / 017-2558482
    011-35997393 / 011-35987646
    019-7725338 / 017-2558482
  • TEL PEJABAT :
    03-33100050
  • E-MAIL :
    bio.rich@yahoo.com

 

PENSIJILAN


 

KAEDAH PEMBAYARAN