KOD ETIKA USAHAWAN
KOD ETIKA USAHAWAN BIORICH
1) MENGAMALKAN BUDAYA MEMBAYAR MAKANAN SENDIRI
Budaya membayar makanan sendiri telah lama diamalkan syarikat multinasional dan usahawan cina. Budaya ini bertujuan mewujudkan usahawan OTAI-POS bertanggungjawab dan berbudaya positif serta mengelakkan bebanan kos kepada usahawan Biorich yang hendak membina komuniti.
2) MENDAFTAR PELANGGAN SEBAGAI VVIP & AKTIFKAN SENDIRI
Usahawan OTAI-POS dinasihatkan belajar dan membuat pendaftaran dan pengaktifan pelanggan VVIP sendiri tanpa mengharapkan senior/junior. Ini bertujuan mengelakkan manipulasi, kesilapan promoter, kecurian junior dan mempercepatkan proses berdikari usahawan OTAI-POS.
3) HADIAH & TRANSAKSI E-WALLET
Usahawan Biorich digalakkan menguruskan hadiah dan tuntutan E-Wallet secara sendiri atau terus berurusan dengan Ibu Pejabat Biorich tanpa melalui senior/junior.
4) PRODUK & KELAYAKAN HADIAH BULANAN OTAI POS
Usahawan OTAI-POS digalakkan menguruskan hadiah dan tuntutan E-Wallet secara sendiri atau terus berurusan dengan Ibu Pejabat OTAI-POS tanpa melalui senior/junior.
5) BAWA PROSPEK PELANGGAN KE OTAI POS HQ @ PJL OTAI POS
Semua usahawan OTAI-POS diminta untuk belajar membeli produk dan kelayakan hadiah secara online. Berhubung secara terus kepada syarikat OTAI-POS untuk bantuan dan tidak mengharapkan senior sahaja.
6) HAK ASAS SETIAP USAHAWAN YANG MENGENALKAN & YANG DIKENALKAN
Setiap rakan usahawan (pengenal & rakan yang dikenalkan) adalah bertanggungjawab membantu & saling tolong menolong terutamanya dalam hal-hal bisnes (asas pengurusan bisnes) Biorich. Usahawan pengenal adalah bertanggungjawab membantu rakan-rakan yang dikenalkan sehingga balik modal iaitu minimum 1 id mengenalkan 2 rakan atau lebih supaya masing- masing balik modal. Rakan Usahawan yang dikenalkan adalah bertangggungjawab mengenalkan rakan-rakan atau kenalnya sendiri dan pergi bertemu rakan tersebut dengan ditemani oleh rakan-rakan yang mengenalkan (para Usahawan pengenal). Anda berani mengajak mereka menjadi Usahawan, maka anda mestilah berani membantu mereka. Sekiranya pengenal gagal melaksanakan tanggungjawabnya & rakan usahawan yang dikenalkan merasakan tidak dibantu sewajarnya sebagaimana janji-janji yang ditaburkanu ketika membantu memujuk supaya rakan tersebut menyertai Biorich, maka rakan tersebut mempunyai hak untuk membuat keputusan mencari rakan Usahawan yang lain yang sanggup membantu dengan kebenaran pihak syarikat Biorich (bergantung kepada hasil siasatan & sebab-sebab yang difikiran wajar), demi menjaga hak setiap Usahawan untuk berjaya. Walaubagaimanapun segala pertimbangan oleh Biorich mestilah berdasarkan keadilan yang sewajarnya bagi kedua-dua belah pihak.
7) PROFESIONALISME & BATAS PERIBADI SESAMA USAHAWAN OTAI POS
Jangan memburukkan sesama rakan usahawan OTAI-POS dan tidak mencampuri urusan peribadi sesama pelanggan. Berbincang secara terus dengan pihak OTAI-POS jika menghadapi masalah untuk kepentingan semua pihak.
8) PENGIKLANAN & PROMOSI SELAIN BIORICH
Dilarang melakukan pengiklanan perniagaan lain di dalam premis OTAI-POS @ ketika program OTAI-POS dijalankan. Hormati etika perniagaan yang ditetapkan oleh syarikat. Komuniti Usahawan Biorich dilarang memujuk rakan-rakan Usahawan dari Team lain untuk berpindah ke dalam teamnya dengan pelbagi janji dan alasan. Tindakan sebegini adalah satu kesalahan. Pihak Biorich akan mengambil tindakan sewajarnya seperti membatalkan status vvip sebagi Usahawan atau lain-lain tindakan yang difikirkan wajar. Komuniti Usahawan Biorich juga dilarang mengajak rakan-rakan Usahawan Biorich untuk menyertai Bisnes Networking di syarikat lain. Tindakan ini akan menyebabkan berlakunya perpecahan di dalam teamwork dan rasa tidak puashati dikalangan Komuniti Usahawan. Sekiranya terdapat aduan rasmi dan bukti, pihak Biorich akan mengambil tindakan sewajarnya seperti membatalkan status VVIP Usahawan tersebut atau apa-apa tindakan yang wajar demi menjaga kepentingan keseluruhan Komuniti Usahawan Biorich.
9) KOMUNITI & JUNIOR BIORICH
Jangan cantas, mencuri @ memanipulasi komuniti pelanggan lain dengan memindahkan mereka ke dalam komuniti kita. Dilarang memburukkan komuniti lain. Semua pelanggan berpeluang menikmati hadiah di OTAI-POS jika menepati syarat. Saling bantu-membantu sesama pelanggan OTAI-POS dan hormat menghormati walau berlainan komuniti.
10) PROGRAM & DEMO OTAI POS
Digalakkan hanya menyediakan air kosong/mineral. Bertujuan untuk fokus kepada penerangan hadiah dan produk OTAI-POS. Tidak membebankan pihak penganjur. Menggalakkan usahawan OTAI-POS lain untuk anjurkan program di tempat sendiri tanpa risau beban kos sediakan hidangan.
11) HADIAH KONSULTAN 25% PROMOTER
Usahawan OTAI-POS yang membantu bukan Promoter untuk memromosi disarankan mengambil Hadiah Konsultan sebanyak 25% dari Hadiah Promoter. Bertujuan untuk kesaksamaan dan keadilan di atas usaha yang dilakukan. Ini juga akan membuatkan pelanggan-pelanggan Biorich berdikari dan membuat promoter sendiri.
DISAHKAN OLEH :-
ISHAK BIN BASIRAN
BA HONS ENG
CEO/PAA
OTAI POS MARKETING
DASAR & POLISI
Adalah dengan ini ditegaskan bahawa syarikat berhak untuk menentukan sebarang ketetapan atau sebarang perubahan terhadap semua perkara dalam apa jua keadaan sistem ini, samada yang berkaitan dengan sistem pelan pemasaran, sistem pemberian hadiah, kadar peratus hadiah, jumlah produk, harga, kandungan, saiz dan bentuk persembahan produk, sebarang bentuk jumlah dan nilai hadiah yang akan diberikan serta menentukan status pelanggan berdasarkan peraturan yang sedia dimaklumi oleh semua pelanggan, tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan dari mana-mana pihak.
Segala hadiah atau apa jua imbuhan jika ianya tidak dituntut oleh pelanggan yang berkenaan selama jangka masa 2 tahun dari tarikh tawaran adalah dianggap pelanggan berkenaan tidak berminat atau menolak tawaran tersebut dan dengan itu tawaran tersebut akan terbatal dan syarikat berhak untuk tidak memberi hadiah @ ganjaran tersebut. Walaubagaimanapun syarikat tetap berpegang teguh pada prinsip ketelusan, keadilan, kesaksamaan serta kebijaksanaan dalam menentukan semua perkara di atas.
Info Terkini Biorich
Pelanggan VVIP Terkini
Home
About Us
Penyakit & VCO
- Virus Zika
- Kencing Manis
- Darah Tinggi
- Denggi
- HIV/AIDS
- Virus H1N1
- Sakit Jantung
- Buah Pinggang
- Nyanyuk
- Sakit Kulit
- Sakit Sendi
- Kanser
- Ketone Asid
- Radikal Bebas
- Tocotrienol
ABJ 2017
Jadual Aktiviti
Pembayaran
Status Order Anda
Penghantaran
Syarat & Terma
Biorich Apps
Panduan Pelanggan
Download
Usahawan OtaiPOS
Artikel
CSR Biorich
I-Usahawanita
MOTIACTION 1
Belajar Bisnes Online
Shoponline D3
LANGGAN BERITA
SENARAI PRODUK BIORICH
Kopi Nanduk Pouch (1 PEK)
Kopi Nanduk Board
Virgin Coconut Oil Super 180 (SAUDA)
Virgin Coconut Oil Super 300 (SAUDA)
Virgin Coconut Oil + Extra Virgin Olive Oil
Virgin Coconut Oil Double Premium
Virgin Coconut Oil S Capsule
Genius UP Max IQ Booster (Tablet)
Gula O (Pemanis Gula Rendah Kalori)
Lotus Body Care Lotion
Gula O Mini Travel Pek (1 Pek x 10 botol)
Bio-Deodorant (Essenza & Vexana)
Diamond White Tomato
Delima Collagen
Colostrum Plus
Teh Tarik Kunyit Hitam (1 Pek)
Bioshape Drink (Versi 60 Sachet)
King Propolis
Jus Cerah
Minuman Gula O Berperisa Strawberry
Minuman Gula O Berperisa Lemon Tea
Minuman Gula O Berperisa Orange
Minuman Gula O Berperisa Blackcurrant
Gula O Travel Pek 70G (1 Pek x 6 botol)
Good Joint
WOW Serum Hydration
WOW Serum Whitening
Minyak Argan
Bionic Aura Energy Spray
Susu Colostrum Triple A
Susu Colostrum Triple A (No Seafood)
Good Joint (No Seafood)
Bio Fresh Spray
Jus Barli
Gula O Mini DX (1 botol)
Kopi She WOW
Genius UP Max IQ Booster
Balm Harimau Berantai
Wangian Deep Feeling (Lelaki)
Wangian Sweet Love (Wanita)
Gula O 400
Teh Tarik Nanduk Moringga
Gula O Edisi Indonesia
Minyak Kelapa Murni
Susu Bubuk Skim Sebagian Dengan Colostrum
Gula O Blocker
Set Pakej Pin ID0A
Jus Black Garlic
Jus Nattokinase Red Beet Grape Seed
Flyers + Sampel Gula O (100pcs)
Cerah Minuman Serbuk Rasa Blueberry
BIORICH
Di BioRich, Kekayaan untuk adalah untuk semua di mana kami ingin memberi ruang kejayaan kepada semua pelanggan & usahawan untuk berjaya dan meningkatkan taraf hidup dengan menawarkan peluang perniagaan yang inovatif & kreatif serta kualiti produk yang tinggi.
Biorich yakin dengan penawaran Hadiah Wang Tunai yang lumayan, seimbang dan tidak membebankan serta realistik ianya benar-benar dapat merealisasikan impian usahawan-usahawan yang komited menjadi berjaya, kaya dan barakah. InsyAllah.
KHIDMAT PENGHANTARAN
MENU
HUBUNGI KAMI
- HOTLINE :
019-6175100 / 019-3880098
013-2396395 / 017-2558482
011-35997393 / 011-35987646
019-7725338 / 017-2558482 - TEL PEJABAT :
03-33100050 - E-MAIL :
bio.rich@yahoo.com
PENSIJILAN