Ikuti Kami Di    Selamat Datang!  Login / Daftar   Refferal Anda : biorich

NYANYUK


DEFINISI ALZHEIMER (NYANYUK)

Penyakit Alzheimer ialah satu penyakit yang tidak boleh dipatah balik (irreversible), gangguan otak yang progresif secara perlahan-lahan yang merosakkan memori dan kemahiran berfikir serta seterusnya keupayaan untuk melaksanakan tugas-tugas yang mudah. Majoriti penghidap Alzheimer ini mengalami gejala-gejala awal pada pertengahan usia 60-an. Penyakit Alzheimer merupakan penyebab yang paling kerap bagi gejala dementia (nyanyuk) dalam kalangan orang tua dewasa.

 

 

 

 

Penyakit ini diberi nama bersempena nama Dr. Alois Alzheimer. Pada 1906, Dr. Alzheimer menyedari akan perubahan pada tisu otak seorang wanita yang telah meninggal dunia yang disebabkan oleh sakit mental yang luar biasa. Gejala-gejala beliau adalah hilang ingatan, masalah pertuturan dan tingkah laku yang tidak dapat dijangka. Dr. Alzheimer memeriksa otak wanita itu dan mendapati terdapat banyak rumpun (kini dipanggil sebagai plak amiloid) dan serat yang berbelit-belit (kini dipanggil sebagai neurofibrillary atau tangles).

Plak dan tangles pada otak ini masih dikira sebagai ciri-ciri utama penyakit Alzheimer. Ciri lain adalah hilang sambungan antara sel-sel saraf (neuron) dalam otak. Neuron menghantar mesej pada bahagian yang berbeza-beza pada otak dan daripada otak ke otot-otot serta organ-organ dalam badan.

Walaupun rawatan zaman sekarang mampu membantu menguruskan gejala-gejala penyakit ini bagi sesetengah penghidapnya, tetapi pada masa kini masih tiada lagi penyembuh bagi penyakit yang membinasakan ini.


APA YANG BERLAKU PADA OTAK PENGHIDAP ALZHEIMER ?

Ahli-ahli saintis terus membongkar perubahan kompleks pada otak yang berkait dengan onset (permulaan) dan progressi (perkembangan) penyakit Alzheimer. Ia kelihatan seolah-olah kerosakan pada otak bermula sedekad atau lebih sebelum memori dan masalah-masalah kognitif lain menjadi jelas. Semasa peringkat pra-klinikal penyakit ini, penghidapnya tampak bebas daripada apa-apa gejala, tetapi pada masa yang sama perubahan toksik berlaku pada otak. Pengumpulan protein yang tidak normal membantuk plak amiloid dan tangles di seluruh otak dan apabila neuron yang sihat berhenti berfungsi, ia akan hilang sambungan dengan neuron lain, lalu mati.

Kerosakan ini pada mulanya berlaku di hippocampus, bahagian otak yang penting dalam penghasilan memori. Oleh kerana lebih banyak neuron yang mati, maka lebih banyak bahagian pada otak yang terjejas. Pada peringkat akhir penyakit Alzheimer, kerosakannnya merebak dengan meluas dan tisu otak mengecut dengan ketara.


KENALI 10 TANDA-TANDA AWAL DALAM MENGENALPASTI ALZHEIMER ?

 

 

 

 

 

 

  • - Hilang ingatan yang menganggu kehidupan seharian.

  • - Sukar merancang dan menyelesaikan masalah.

  • - Sukar menyempurnakan tugas-tugas biasa di rumah, tempat kerja mahupun ketika waktu lapang.

  • - Keliru dengan masa dan tempat.

  • - Mempunyai masalah dalam memahami gambar visual dan kaitannya.

  • - Masalah baru dengan perkataan dalam bertutur dan menulis.

  • - Salah letak barang dan mempunyai masalah dalam menjejakinya semula.

  • - Mempunyai masalah dalam membuat penilaian.

  • - Menarik diri daripada kerja atau aktiviti sosial.

  • - Perubahan mood dan personaliti.

 

BERAPA LAMA JANGKAAN TEMPOH HAYAT PENGHIDAP ALZHEIMER ?

Alzheimer adalah penyakit yang perlahan yang mempunyai 3 peringkat iaitu peringkat awal (praklinikal tanpa gejala), peringkat pertengahan dengan kemerosotan fungsi kognitif yang sedikit dan peringkat akhir dementia Alzheimer. Jangka masa daripada waktu didiagnosis ke waktu kematian berbeza-beza mengikut pesakit. Ianya boleh jadi seawal 3 ke 4 tahun jika pesakit 80 tahun ke atas dan selewat-lewatnya 10 tahun atau lebih jika pesakit yang lebih muda.


APA ITU DEMENTIA ?

Dementia ialah kehilangan fungsi kognitif - berfikir, mengingat dan memberi sebab serta kebolehen tingkah laku yang mana ianya menganggu aktiviti kehidupan seharian seseorang. Dementia berbeza mengikut peringkatnya daripada peringkat yang paling ringan iaitu apabila ia hanya mula menjejaskan fungsi seseorang ke peringkat yang paling teruk iaitu apabila seseorang itu terpaksa bergantung sepenuhnya pada orang lain untuk menjalankan aktiviti-aktiviti asas seharian.

Sebab-sebab dementia boleh jadi berbeza, bergantung kepada jenis perubahan pada otak yang berlaku. Penyebab dementia yang lain termasuklah dementia Lewy body, gangguan pada bahagian frontotemporal dan dementia vaskular. Ianya biasa bagi pesakit yang mempunyai jenis dementia yang bercampur. Contohnya, sebahagian pesakit mempunyai kedua-dua penyakit Alzheimer dan dementia vaskular.

Keadaan-keadaan lain yang menyebabkan hilang ingatan atau dementia termasuk :-

  • - Kesan sampingan ubat

  • - Alkohol berlebihan

  • - Ketumbuhan atau jangkitan pada otak

  • - Darah beku dalam otak

  • - Kekurangan vitamin B12

  • - Sebahagian penyakit thyroid, ginjal atau hati

  • - Strok

  • - Penyakit Parkinson's

  • - Gangguan tidur

Sebahagian daripada keadaan ini boleh dirawat dan barangkali boleh berpatah balik (reversible). Ianya boleh jadi serius dan perlu dirawat oleh doktor secepat mungkin. Masalah emosi, seperti stress, kebimbangan dan kemurungan boleh membuatkan seseorang itu menjadi lebih pelupa dan mungkin disalah anggap sebagai dementia. Sebagai contoh, jika seseorang yang baru sahaja bersara atau menghadapi kematian pasangan mungkin akan merasa sedih, sunyi, bimbang atau bosan. Dalam menangani perubahan dalam kehidupannya mungkin akan menyebabkan individu tersebut bingung atau mudah lupa. Masalah emosi ini boleh dikurangkan dengan sokongan rakan-rakan dan keluarga, tetapi jika dibiarkan untuk jangka masa yang lama, ianya penting untuk mendapatkan bantuan daripada doktor atau kaunselor.

Sumber : Artikel daripada website national institute on aging (USA)


MAMPUKAH MINYAK KELAPA DARA DOUBLE PREMIUM MENGHALANG ALZHEIMER ???

Dalam bukunya yang diterbitkan pada tahun 2011, "Penyakit Alzheimer : Bagaimana jika terdapat penawarnya? Kisah mengenai Ketones". Dr Mary T. Newport bersungguh-sungguh mengisytiharkan bahawa suaminya telah menunjukkan perubahan baik yang jelas terhadap dementia yang dihadapi suaminya dengan penggunaan minyak kelapa dara yang teratur. Dalam beberapa perbincangan, topik ini agak kontroversi tetapi ramai individu yang mana bimbang tentang masa depan kognitif, mereka merasakan bahawa ianya adalah berbaloi untuk mencuba.

 

 

MAMPUKAH MINYAK KELAPA DARA DOUBLE PREMIUM MENGHALANG ALZHEIMER ???

Untuk kesan yang terbaik, pakar mencadangkan minyak kelapa dara yang organik, dimampat sejuk dan tidak terhidrogenasi dan jangan biarkan perkataan "minyak" menakutkan anda. Minyak kelapa dara ialah minyak yang sihat pada jantung dan bebas daripada kolesterol dan trans-lemak, juga menyediakan pelbagai kelebihan di samping memperbaiki kesihatan otak termasuk :-

  • - Memperbaiki penggunaan insulin oleh badan.

  • - Memperbaiki kandungan kolesterol dengan meningkatkan HDL (kolesterol baik).

  • - Merangsang fungsi thyroid dan kesannya adalah peningkatan tenaga.

  • - Bertindak sebagai antioksida dan antibiotik semulajadi.

  • - Memperbaiki kesihatan kulit dan rambut yang menyeluruh.

Satu kajian daripada Universiti Oxford baru-baru ini mengetengahkan bahawa walaupun kesan minyak kelapa dara adalah sementara, pesakit Alzheimer dan dementia telah melihat kesan jangka pendek daripada hasil penggunaannya.

Kajian ini menyokong teori Dr Newport mengenai ketone, iaitu hasil daripada pemecahan lemak dalam badan, yang memainkan peranan penting pada kesihatan otak. Ideanya adalah dengan merangsang ketone yang dijumpai dalam minyak kelapa dara, fungsi kognitif mampu diperbaiki.

Sumber : Artikel daripada website alzheimers.net

 

 


KETONE ASID : Kaya dengan ketone asid di mana dianggarkan lebih dari 60% terdapat dalam minyak kelapa dara, yang akan ditukar sebagai tenaga di dalam badan (ketone energy). Ianya lebih halus dan mudah diserap dan digunakan sebagai tenaga berbanding glukosa yang memerlukan gabungan insulin untuk dicerna ke dalam sel sebagai tenaga (sel tubuh, neuron sel otak, nefron sel buah pinggang, sel beta & alfa kelenjar pankreas dan lain-lain).

ANTIOKSIDAN : Minyak kelapa dara mengandungi antioksidan yang sangat hebat iaitu tocopherol dan tocotrienols. Kajian mendapati tocotrienol 50 kali ganda lebih berkesan berbanding tocopherol. Ia berfungsi menstabilkan radikal bebas yang terdapat dalam tubuh manusia. Radikal bebas ini, jika tidak distabilkan akan menyebabkan molekul oksigen yang kehilangan 1 cas negatif elektron akan membunuh sel-sel dalam badan dan seterusnya akan menjadi punca berbagai-bagai penyakit kronik.

MONOLAURIN & MONOCAPRIN : Di dalam Minyak Kelapa Dara mengandungi capric & lauric asid secara purata 55% yang apabila diminum akan berubah di dalam badan menjadi monolaurin & monocaprin yang menyamai susu ibu di mana, ia boleh menguatkan pertahanan tubuh badan serta membunuh kuman, kulat, cacing dan virus.


Harga Runcit : RM 70.00

Info Produk

  Beli Produk

 

Harga Runcit : RM 70.00

Info Produk

  Beli Produk

Info Terkini Biorich

    ----------------------------------------

    INFO TERKINI

    ----------------------------------------

    MERDEKA!! WELCOME MERDEKA


    Sempena Merdeka, Biorich ada membuat PROMOSI sempena bulan merdeka

    -Bermula dari 9 ogos 2017 hingga 31 ogos 2017

    -Terdapat 4 pakej yang ditawarkan (set 1,2,3,4)

    -Set Merdeka boleh dilihat di laman "Home Page Biorich"


    Jangan Lepaskan Peluang

    ----------------------------------------

    MOTIACTION 1 (Program Latihan Bukan Motivasi)


    Tarikh : 27 Ogos 2017

    Hari : Sabtu

    Masa : 8.30 am - 1.00 pm

    Tempat : Terengganu (Lokasi akan di update)

    Jurulatih : (Akan di Update)

    Yuran : (Akan di Update)

    Contact : En Zaki; 013 2396 395

    Info: 

    -Usahawan yang telah hadir, anda diwajibkan membawa/menghantar sekurang kurangnya 2 orang usahawan baru ke program kursus motiaction 1

    -Sarapan Pagi disediakan.

    -Produk percuma Stevia @ Pomade diberikan bagi peserta yang membuat tempahan tiket sebelum 26/8/2017

    ----------------------------------------

    MOTIACTION 1 (Program Latihan Bukan Motivasi)


    Tarikh : 27 Ogos 2017

    Hari : Ahad

    Masa : 8.30 am - 1.00 pm

    Tempat : Hpa Centre, Indera Mahkota 8, Indera Mahkota, Kuantan, Pahang

    Jurulatih : Tuan Haji Ishak Bin Basiran

    Yuran : RM50

    Contact : En Zaki; 013 2396 395, En Wan: 0148478287

    Info: 

    -Usahawan yang telah hadir, anda diwajibkan membawa/menghantar sekurang kurangnya 2 orang usahawan baru ke program kursus motiaction 1

    -Sarapan Pagi disediakan.

    -Produk percuma Stevia @ Pomade diberikan bagi peserta yang membuat tempahan tiket sebelum 27/8/2017

    ----------------------------------------

    -Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada semua peserta Motiaction 1 yang telah berjaya hadir dan memeriahkan Kursus Latihan Motiaction 1 pada 12/8/2017 

    -Segala kecacatan dan kekurangan yang berlaku sepanjang program akan kami perbaiki di masa akan datang

    Terima kasih dirakamkan sekali lagi atas kehadiran anda.

    -------------------------------------

    Ikrar Biorich 

    Biorich Bisnes Saya!

    Saya akan berjuang, sehingga Berjaya dan Kaya

    Boleh! Tiada Alasan! Buat Sekarang! Kita Bersatu Hati 

    dengan 1 MATLAMAT, 1 SERUAN, 1 BUDAYA

    -------------------------------------

    BIORICH SEDIA MEMBANTU ANDA!!

    -------------------------------------



Ahli VVIP Terkini

  •  - nasir1 (18-8-2017)
  •  - shazleen (17-8-2017)
  •  - wan620 (17-8-2017)
  •  - samsiah769 (17-8-2017)
  •  - sitizubaidah86 (17-8-2017)
  •  - aisnansah (17-8-2017)
  •  - masnahkaya769 (17-8-2017)
  •  - chekku83trg (17-8-2017)
  •  - roziah83trg (17-8-2017)
  •  - rjamad (17-8-2017)
  •  - wani279 (17-8-2017)
  •  - hanizarich88 (17-8-2017)
  •  - rosmahwati279 (17-8-2017)
  •  - hamidahabdhadi769 (17-8-2017)
  •  - ameerul315 (17-8-2017)
  •  - cikgurich (17-8-2017)
  •  - ramzirich (17-8-2017)
  •  - jbzamzam (17-8-2017)
  •  - rokiah769tganu (17-8-2017)
  •  - robiah769trg (17-8-2017)


Home

Penyakit & VCO


FAQ

ABJ 2017

Aktiviti BIORICH


Jadual Aktiviti

Pembayaran

Status Order Anda

Penghantaran

Syarat & Terma

Biorich Apps

Panduan Ahli


Download

Usahawan OtaiPOS

Artikel

CSR Biorich

Testimoni & Video

i-usahawanita

MOTIACTION 1


LANGGAN BERITA

NAMA ANDA :

BANDAR :

ALAMAT E-MAIL :

BIORICH

Di BioRich, Kekayaan untuk adalah untuk semua di mana kami ingin memberi ruang kejayaan kepada semua ahli & stokis untuk berjaya dan meningkatkan taraf hidup dengan menawarkan peluang perniagaan yang inovatif & kreatif serta kualiti produk yang tinggi.

Biorich yakin dengan penawaran Pelan Bonus yang lumayan, seimbang dan tidak membebankan serta realistik ianya benar-benar dapat merealisasikan impian ahli-ahli yang komited menjadi berjaya, kaya dan barakah. InsyAllah.